Wednesday, 27 December 2017

Interview UPSI - Februari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua !!!

Hari ni, saya nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman dan tips untuk interview bakal-bakal cikgu dan cikgi keluaran UPSI.

Suka saya disini kerana diatas rasa keperihatinan terhadap adik-adik sekalian serta sahabat-sahabat saya di luar sana.

Terlebih dahulu, sila pastikan anda sudah melakukan semakan kelayakan temuduga yer !


Antara tips yang ingin saya kongsikan adalah

1. Sila pastikan anda sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi si penemuduga.
- Dari segi fizikal, pastikan anda telah memilih kod dan etiqa pemakaian yang bersesuaian dan sopan, kerana ini memberi impak yang sangat besar kepada anda.
- Dari segi mental, sila pastikan anda sudah menyelidik antara soalan-soalan yang bakal ditanya. Sila pastikan anda mengkaji tentang isu semasa, sistem pentadbiran negara, isu tentang pendidikan, isu kerjaya dan bakal kerjaya, dan tentang kursus yang anda pohon dengan rapi.

2. Selain itu, Antara perkara terpenting untuk anda hadam adalah perihal/ biodata anda. Ini adalah markah bonus buat anda. Sila pastikan anda sudah mengetahui biodata/ cerita pa yang anda ingin sampaikan agar proses temuduga anda berjalan lancar. Justeru itu, Pastikan anda menyusun plot-plot cerita dengan baik seperti, NAMA, UMUR, TEMPAT TINGGAL, BAGAIMANA DATANG, KURUS DIPOHON, HARAPAN TERHADAP KURSUS DIPOHON DAN UNIVERSITI, NAMA MAK AYAH, PEKERJAAN MEREKA, CITA-CITA, HARAPAN BUAT BANGSA DAN NEGARA.

3. Di samping itu, anda haruslah mempunyai sikap dan keperibadiaan yang baik sebagai seorang bakal guru. Anda haruslah menunjukkan contoh yang baik dan progresif tentang isu-isu yang dibangkitkan. Cuba lah membalas segala isu yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin dan yakin diri.

4. Seterusnya, buatlah sedikit latihan mengajar, menyanyi, menari, mengaji Al-Quran, berlari bersesuaian dengan kursus yang dipohon agar kemahiran anda diserlahkan dengan sebaiknya.

5. Akhir sekali, buatlah sehabis baaik, Semoga Anda diberikan yang terbaik. Saya doakan anda termasuk dalam kalangan orang yang berjaya dan beruntung.

Sebelum saya mengakhirkan nukilan, saya ingin tingalkan sebuah tugasan Apa itu "OPEN MARKET" ? yA, jika benar anda ingin menuju ke temuduga tersebut, sila lah google tentang itu,

Sekian...  Miss Aimi yang Comel =|)

Thursday, 26 January 2017

Interview UPSI - AT35

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Hi, Pagi ni saya nak share laa sikit pasal Iv saya tempoh hari..


La, Alhamdulillah sebab saya dapat juga ke tahap ni..

Yup, saya dapat iv kos ijazah sarjana muda pendidikan (pendidikan islam) dengan kepujian.

Jadi, di ruangan yang kecil ni nak la saya kongsi sikit pasal hari yang berlaku..

Ya, saya kena 3 ujian..

#temuduga
#ujian bertulis
#ujian lisan..

Ujian dia memang menguji tahap apa nak kata.. Kiki..

Tapi .. Temuduga pertama bolih tahan la.. Aku antara calon terawal yang kena..

First, kalau temuduga kita tak dapat lari lagi dengan pengenalan diri.. Ni markah bonus tau.. Kena prepare siap3..

Then saya banyak kena dialog dan berbahas dengan calon sebelah.. Manakala penemuda tu hanya tengok je.. Ye, kami dapat tajuk hobi, open market dan banyak lagi..

Then kena pulak ujian lisan..

Disebabkan aku ni ambik kos pai, kena la baca Al-quran, then dia tanya la sikit pasal tajwid , kena baca hadis, teks arab dan kena bercakap bahasa arab kit, tapi mula3 masuk tu saya kena bagi pengenalan diri jugak tau.. Nampak kat sini pengenalan diri memang hebat tau..

Last, ujian bertulis.. Kami diberi masa sejam untuk tulis satu karangan sebanyak 150 patah perkataan.. Manakala kami diveri 5 tajuk, tapi kena pilih 1 tajuk je.. Hihi 
Antara tajuk yang saya ingat pasal peranan ibubapa dalam mentarbiah insan dan kepentingan ilmu..

Huhu. Bitaufiq wannajjah.. Wassalam